Image Banner

TAHNIAH KONTINJEN SRI & SMI AL-AKHYAR DI KEJOHANAN IHTIFAL RIYADHI IPIS 2026

TAHNIAH KONTINJEN SRI & SMI AL-AKHYAR DI KEJOHANAN IHTIFAL RIYADHI IPIS 2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kelancaran penglibatan barisan atlet Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam Al-Akhyar sepanjang Kejohanan Ihtifal Riyadhi IPIS 2026.

Kejohanan ini telah melabuhkan tirainya secara rasmi semalam, 28 Jun 2026, dalam Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Sekolah Antarabangsa Invictus, Horizon Hills, Johor Bahru. Majlis tersebut menjadi detik kemuncak bagi menghargai titik peluh dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua sekolah yang bertanding.

Hari terakhir kejohanan semalam turut menyaksikan aksi bertenaga daripada pasukan balapan Sekolah Rendah (SRI). Pasukan Al-Akhyar telah mempamerkan larian yang amat kompetitif sehingga berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam tiga acara utama, iaitu 100m Lelaki, 200m Perempuan, dan 4x100m Perempuan. Walaupun rezeki tidak menyebelahi pasukan untuk membawa pulang pingat di peringkat akhir tersebut, kesungguhan yang ditunjukkan amat membanggakan seluruh warga sekolah.

Secara keseluruhannya, berikut adalah keputusan rasmi pencapaian penuh kontinjen Islam Al-Akhyar:

SEKOLAH RENDAH (SRI)
🥇 Badminton (Lelaki): NAIB JOHAN

SEKOLAH MENENGAH (SMI)
🥈 Ping Pong (Lelaki) Perseorangan: NAIB JOHAN
🥈 Ping Pong (Lelaki) Beregu: NAIB JOHAN
🥉 Ping Pong (Perempuan) Perseorangan: TEMPAT KETIGA
🎖 Futsal (Lelaki): TEMPAT KEEMPAT
🎖 Ping Pong (Lelaki) Beregu: TEMPAT KEEMPAT

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan seluruh ahli kontinjen yang telah memberikan saingan sengit dalam semua acara yang disertai. Pengalaman berharga yang ditimba sepanjang kejohanan ini pastinya akan terus mematangkan lagi mutu permainan para atlet pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada barisan guru penasihat, jurulatih, pihak pengurusan sekolah, serta para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu serta doa yang berterusan dari awal hingga ke majlis penutup kejohanan.

Insya-Allah, segala pengalaman ini akan dijadikan asas yang kukuh untuk mempertingkatkan lagi persediaan pasukan demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah Al-Akhyar, WE AIM FOR THE BEST!

#IhtifalRiyadhiIPISJB2026
#SRIAlAkhyar
#SMIAlAkhyar
#AlAkhyarBeraksi
#WeAimfortheBest

LAGI

PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI MURID 6 TAHUN SESI 2027 KINI DIBUKA

📢 PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI MURID 6 TAHUN SESI 2027 KINI DIBUKA!

Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar kini membuka permohonan kemasukan Tahun 1 bagi murid berumur 6 tahun untuk sesi persekolahan 2027.

Permohonan adalah dipelawa kepada ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar bagi mengikuti pendidikan secara formal dengan suasana pempelajaran yang islamik.

Syarat permohonan:
✅ Murid berumur 5 tahun pada tahun 2026 dan layak memasuki Tahun 1 sesi 2027
✅ Mampu mengurus diri sendiri tanpa bantuan
✅ Boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah rendah
✅ Mempunyai kemahiran asas membaca sekurang-kurangnya pada tahap suku kata terbuka

📌 Perhatian:
Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Ibu bapa yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian melalui pautan berikut:

🌐 www.alakhyar.edu.my

Atau terus ke halaman:
https://my06.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=alakhyar

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
☎️ 07-207 0730 (pejabat)
📱 018-786 9760 (whatapps)

#Pendaftaran2026
#SRIAlAkhyar
#WeAimfortheBest

LAGI

TEBUS KEKECEWAN MSSDJB: PASUKAN PING PONG LELAKI SMIAA CEMERLANG DI PENTAS AKHIR IHTIFAL RIYADHI 2026

TEBUS KEKECEWAN MSSDJB: PASUKAN PING PONG LELAKI SMIAA CEMERLANG DI PENTAS AKHIR IHTIFAL RIYADHI 2026
 
Pasukan Ping Pong Lelaki SMIAA telah mempamerkan aksi yang cemerlang dalam Kejohanan Ihtifal Riyadhi IPIS Johor Bahru 2026 yang berlangsung semalam. Memulakan cabaran di peringkat kumpulan, wakil perseorangan, Muhammad Zariff Adam, serta gandingan beregu, Muhammad Haikal dan Adeel Siddiq, mempamerkan penguasaan penuh. Kedua-dua kategori berjaya mencatatkan kemenangan mutlak 3-0 dalam semua perlawanan tanpa kalah sebarang set, sekali gus melayakkan diri ke peringkat seterusnya sebagai Johan Kumpulan dengan kutipan 9 mata penuh.
 
Rentak kemenangan tersebut diteruskan di peringkat separuh akhir apabila kedua-dua wakil sekolah mencatatkan kemenangan 3-0 menentang pasukan Maahad Tahfiz Al-Quran Riadhus Solihin (MATARAS). Walaupun perlawanan kategori beregu sengit sehingga diheret ke mata deuce 14-12, gandingan Muhammad Haikal dan Adeel Siddiq kekal fokus untuk mengunci tiket ke perlawanan akhir. Pencapaian ini sekali gus menebus kekecewaan pasukan ping pong yang bertanding di kejohanan MSSD kelmarin.
 
Peringkat akhir pula menyaksikan persaingan yang cukup sengit menentang pasukan SMI Hidayah. Meskipun terpaksa akur dengan keputusan 0-3, barisan pemain SMIAA telah memberikan tentangan habis-habisan. Kutipan mata perlawanan adalah sangat rapat di mana wakil perseorangan hampir mencuri set dengan keputusan 9-11, manakala gandingan beregu pula mempamerkan aksi bertenaga sehingga berlaku deuce 11-13 pada set kedua.
Pihak sekolah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada ketiga-tiga wakil sekolah atas kejayaan merangkul gelaran Naib Johan bagi kedua-dua kategori Perseorangan dan Beregu. Terima kasih atas usaha dan kesungguhan dalam mengharumkan nama sekolah, semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan dalam kejohanan akan datang.
 
Kejayaan yang bermakna ini juga tidak mungkin tercapai tanpa bimbingan dan sokongan padu di belakang tabir. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru pengiring merangkap jurulatih pasukan, Ustaz Mohd Haikal Hakiem, atas komitmen dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang kejohanan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan moral serta dorongan berterusan kepada para pemain sehingga mampu melangkah sejauh ini.
 
LAGI

PASUKAN BEREGU BADMINTON AL-AKHYAR MUNCUL NAIB JUARA IHTIFAL RIYADHI IPIS DAERAH JOHOR BAHRU

PASUKAN BEREGU BADMINTON AL-AKHYAR MUNCUL NAIB JUARA IHTIFAL RIYADHI IPIS DAERAH JOHOR BAHRU
 
Kejohanan Ihtifal Riyadhi IPIS Peringkat Daerah Johor Bahru bagi acara Badminton (L) turut melabuhkan tirai saingannya. Pertandingan yang berlangsung pada hari Selasa, 23 Jun 2026 bertempat di Play! At Dewani ini memperlihatkan barisan bakat muda daripada Sekolah Al-Akhyar bertanding dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi.
 
Pasangan beregu daripada pasukan Sekolah Rendah Al-Akhyar berjaya mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi terbaik dan dinobatkan sebagai Naib Juara keseluruhan. Sementara itu, bagi kategori Perseorangan Sekolah Rendah serta kategori Perseorangan dan Beregu Sekolah Menengah, perjalanan mereka terhenti di peringkat kumpulan sahaja. Walau bagaimanapun, mereka telah memberikan saingan terbaik kepada pihak lawan sebelum akur dengan keputusan perlawanan.
 
Pihak sekolah amat berbangga dengan disiplin dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain. Terima kasih diucapkan kepada para peserta, ibu bapa, jurulatih, dan semua pihak yang terlibat dalam memberikan sokongan padu dari tepi gelanggang demi kejayaan murid-murid Al-Akhyar.
 
We aim for the best!
 
LAGI

PASUKAN PING PONG BANAT AL-AKHYAR RAIH TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT DALAM KEJOHANAN IHTIFAL RIYADHI IPIS DAERAH JOHOR BAHRU 2026

PASUKAN PING PONG BANAT AL-AKHYAR RAIH TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT DALAM KEJOHANAN IHTIFAL RIYADHI IPIS DAERAH JOHOR BAHRU 2026
 
Kejohanan Ihtifal Riyadhi IPIS Peringkat Daerah Johor Bahru diteruskan lagi dengan acara Ping Pong Perempuan Menengah yang berlangsung baru-baru ini pada 22 Jun di Dewan Ping Pong Pulai.
 
Hasil kesungguhan dan usaha keras, pasukan banat Al-Akhyar berjaya menamatkan saingan dengan pencapaian yang membanggakan apabila meraih Tempat Ketiga bagi kategori Perseorangan dan Tempat Keempat bagi kategori Beregu secara keseluruhan.
 
Walaupun berdepan saingan sengit daripada pasukan sekolah lain, para pemain tetap fokus dan memberikan aksi terbaik sehingga ke perlawanan terakhir.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para peserta, ibu bapa, jurulatih serta semua pihak yang terlibat atas sokongan dan komitmen yang diberikan.
 
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada murid-murid Al-Akhyar untuk terus berusaha, meningkatkan potensi diri dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan.
 
We Aim for the Best !
 
LAGI

SKUAD FUTSAL AL-AKHYAR PAMER SEMANGAT JUANG TINGGI DI KEJOHANAN IHTIFAL RIYADHI IPIS 2026

SKUAD FUTSAL AL-AKHYAR PAMER SEMANGAT JUANG TINGGI DI KEJOHANAN IHTIFAL RIYADHI IPIS 2026

Kompleks Sukan Daiman Sport Centre menjadi saksi kepada kesungguhan dan semangat juang tinggi pasukan futsal Sekolah Rendah serta Sekolah Menengah Islam Al-Akhyar dalam Kejohanan Ihtifal Riyadhi IPIS Johor Bahru 2026 yang berlangsung semalam.

Kejohanan yang berlangsung sengit ini menyaksikan kedua-dua pasukan Al-Akhyar memberikan aksi terbaik dalam usaha mengharumkan nama sekolah.

Pasukan Sekolah Rendah telah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa dalam aksi peringkat kumpulan. Walau bagaimanapun, rezeki tidak menyebelahi mereka untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Berikut adalah keputusan perlawanan:

Peringkat Kumpulan:
Al-Akhyar vs MT Al-Iman : 1 - 1 (Seri)
Al-Akhyar vs MT Darul Aman : 2 - 0 (Menang)
Al-Akhyar vs SRI Pintar : 0 - 2 (Kalah)

Skuad Sekolah Menengah pula menampilkan aksi yang cukup mendebarkan dan penuh drama, terutamanya di peringkat kalah mati, sebelum berjaya menamatkan saingan di Tempat Keempat Keseluruhan.

Peringkat Kumpulan:
Al-Akhyar vs MATAZ : 1 - 1 (Seri)
Al-Akhyar vs SMI JB : 5 - 1 (Menang)
Al-Akhyar vs DAR ABSYIR : 3 - 0 (Menang)

Peringkat Kalah Mati:
Suku Akhir:
Al-Akhyar vs SMI AZHAR : 2 - 2
(Al-Akhyar menang penalti 11 - 10)
Separuh Akhir:
Al-Akhyar vs MT DARUL AMAN : 1 - 1
(Al-Akhyar kalah penalti 4 - 5)
Penentuan Tempat Ke-3/Ke-4:
Al-Akhyar vs MTQ ULUMUDDIN : 2 - 3 (Kalah)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan atas usaha, disiplin, dan semangat juang yang tinggi untuk menamatkan saingan hingga ke akhirnya. 

Pihak sekolah juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan jurulatih dan guru pengiring serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu dari tepi gelanggang.

Semoga pengalaman berharga ini menjadi pembakar semangat buat skuad futsal Al-Akhyar untuk terus berlatih, memperbaiki strategi dan kembali dengan prestasi yang lebih cemerlang pada masa hadapan. 

We aim for the best !

#IhtifalRiyadhiIPIS2026
#SRIAlAkhyar
#SMIAAlAkhyar
#WeAimfortheBest

LAGI

PASUKAN BOLA JARING SRIAA KEMBALI BERAKSI DI MSSD JOHOR BAHRU 2026

PASUKAN BOLA JARING SRIAA KEMBALI BERAKSI DI MSSD JOHOR BAHRU 2026

Pasukan Bola Jaring Bawah 12 Tahun Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar (SRIAA) telah berjaya menamatkan saingan dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Johor Bahru 2026 yang berlangsung di Velodrome Iskandar Puteri baru-baru ini.

Kejohanan kali ini merupakan kali kedua skuad cilik SRIAA menjejakkan kaki ke saingan peringkat daerah. Meskipun berdepan pasukan yang jauh lebih berpengalaman, barisan pemain muda Al-Akhyar mempamerkan aksi yang cukup bertenaga, berani, dan kompetitif sepanjang perlawanan berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada barisan jurulatih, Mh Afifah Bariman dan Mh Farahin Mahat atas bimbingan dan tunjuk ajar, serta para ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan moral yang luar biasa dari tepi gelanggang.

Pengalaman berharga ini diharap dapat menjadi batu lonjakan buat pasukan bola jaring SRIAA untuk terus memperkemas mutu permainan dan bangkit dengan aksi yang lebih mantap pada masa hadapan.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain! 👏🏼
 
LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan