PENYERAHAN BANTUAN KEPADA ASNAF
Program penyerahan bantuan Kotak Rezeki Ramadan kepada golongan asnaf telah dilaksanakan oleh pihak Sekolah Islam Al-Akhyar sebagai salah satu inisiatif kebajikan sempena bulan Ramadan. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan di samping menyemai nilai keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah serta masyarakat setempat.
Agihan bantuan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Jumaat, 13 Mac dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang dan diteruskan pada hari Sabtu, 14 Mac dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Majlis penyampaian bantuan telah diadakan di dua lokasi iaitu di Masjid An-Nur Perumahan Mara, Taman Desa Rahmat serta di Surau Rumah Pangsa Larkin.
Seramai 60 orang penerima dalam kalangan asnaf telah menerima bantuan yang disediakan. Daripada jumlah tersebut, seramai tujuh orang merupakan asnaf dari kariah Taman Desa Rahmat manakala seramai 53 orang lagi adalah dari kawasan Rumah Pangsa Larkin. Bantuan yang disalurkan adalah dalam berupa 10 kg beras, 5 kg minyak masak dan 2 kg gula bagi setiap penerima untuk membantu keperluan harian mereka sepanjang bulan Ramadan.
Beberapa orang guru dan staf Sekolah Al-Akhyar turut terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Selain menyampaikan bantuan kepada para penerima, mereka juga mengambil peluang untuk menyantuni golongan asnaf, bertanya khabar serta menyampaikan kata-kata semangat bagi menyemarakkan lagi suasana kebersamaan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Masjid An-Nur Perumahan Mara, Taman Desa Rahmat serta pihak Surau Rumah Pangsa Larkin atas kesudian membantu pihak sekolah dalam mengurus serta melancarkan proses agihan bantuan kepada para penerima.
Pihak sekolah berharap agar usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan di samping mengeratkan hubungan antara warga sekolah dengan masyarakat setempat.
#KotakRezekiRamadan1447H
#SekIslamAlAkhyar
#MenujuTakwa
#WeAimfortheBest
📝 IKLAN: JAWATAN KOSONG
▪️Guru Akademik Sekolah Menengah (Guru Sains)
▪️Pembantu Tadbir Sekolah
Kemasukan segera sesi 2026
Ayuh sertai kami dan jadilah sebahagian daripada warga Al-Akhyar
Jika berminat, hubungi:
www.wasap.my/60139816049/JawatanKosong
Emelkan resume ke:
sekislamalakhyar@alakhyar.edu.my
#JawatanKosong2026
#SekRenIslamAlAkhyar
#SekMenIslamAlAkhyar
#WeAimfortheBest
MAJLIS IFTAR GURU DAN STAF 2026
Tarikh : 6 Mac 2024 bersamaan 16 Ramadan 1445H
Tempat : Musolla Darussalam dan dataran Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar
Penglibatan : Semua guru dan staf Al-Akhyar juga ahli keluarga
Aktiviti :
▪️Bacaan Yassin dan tahlil ringkas
▪️Tazkirah Ramadan
▪️Agihan bantuan Ramadan kepada guru dan staf
▪️Iftar Jamaie
▪️Solat maghrib, isyak & terawih
▪️Moreh
Jazakumullah khairan kathira kepada pihak pengurusan sekolah atas penganjuran majlis ini.
#IftarGurudanStaf
#Ramadan1447H
#SekolahIslamAlAkhyar
#WeAimfortheBest
MABIT TAHFIZ 2026
Sekolah Menengah Islam Al-Akhyar
Alhamdulillah, pada 27-28 Februari yang lalu, murid-murid Sekolah Menengah Islam Al-Akhyar telah berjaya mengikuti program Malam Bina Iman dan Takwa (MABIT) edisi Tahfiz. Bertemakan 'Cinta Al-Quran, Cemerlang Masa Depan', objektif utama program ini adalah untuk memupuk kecintaan yang mendalam terhadap Al-Quran dan memberi inspirasi kepada murid tentang kemuliaan menjadi seorang huffaz.
Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya Explorace 'Perjalanan Huffaz', dan bengkel teknik hafazan berkesan menggunakan Kaedah Gundal. Sepanjang program ini, murid juga dididik dengan disiplin ibadah melalui sesi Iftar dan sahur, solat terawih berjemaah, Qiamullail dan membaca al-Mathurat.
Semoga pengalaman 2 hari 1 malam ini memberi kesan kepada jiwa anak-anak Al-Akhyar untuk terus istiqamah mencintai Al-Quran dan mengamalkannya dengan penuh keikhlasan. Syabas buat semua murid!
#MABIT2026
#SekMenIslamAlAkhyar
#CintaAlQuran
#GenerasiHuffaz
#WeAimfortheBest